SPAM
Spam merupakan suatu bentuk gangguan dalam perhubungan internet, biasanya dalam bentuk pesanan yang banyak dan tidak dikehendaki. Bentuk spam yang paling terkenal ialah spam e-mel.
BLOG
Blog merupakan singkatan dari web log dalam bentuk aplikasi web yang menyerupai tulisan-tulisan (yang dimuat sebagai posting) pada sebuah halaman web umum.
WIFI
Wi-Fi merupakan kependekan dari Wireless Fidelity, yang memiliki pengertian iaitu sekumpulan standard yang digunakan untuk Wireless Local Area Networks - WLAN yang berdasarkan spesifikasi IEEE 802.11.
BLUETOOTH
Bluetooth ialah satu piawai teknologi wayarles terbuka untuk penukaran data pada jarak dekat (menggunakan gelombang radio julat pendek) dari alat-alat mudah alih dan tetap, mencipta rangkaian kawasan persendirian (PAN) dengan tahap keselamatan tinggi.
DOMAIN
Nama domain (domain name) adalah nama unik yang diberikan untuk mengidentifikasi nama server komputer seperti web server atau email server di jaringan komputer ataupun internet. Nama domain berfungsi untuk mempermudahkan pengguna di internet ketika melakukan akses ke server serta juga dipakai untuk mengingat nama server yang dikunjungi tanpa harus mengenal deretan angka yang rumit yang dikenal sebagai alamat IP. Nama domain ini juga dikenal sebagai sebuah kesatuan dari sebuah situs web seperti contohnya "wikipedia.org". Nama domain kadang-kadang disebut pula dengan istilah URL, atau alamat website.
PHISING
Dalam pengkomputeran, phishing (sebutan: 'fishing') adalah satu cubaan bersifat jenayah serta penipuan untuk mendapatkan maklumat sensitif di dalam perhubungan elektronik seperti nama pengguna, kata laluan, dan butiran kad kredit dengan menyamar sebagai sebuah entiti yang boleh dipercayai.